Tarikh : 15 SEPTEMBER 2023
Masa : 9.30 AM - 10.30 AM
Lokasi : PEDi PASIR AKAR
Peserta :21 ORANG

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada peserta tentang apa STEM.

Aktiviti

Kelas ini diadakan khas kepada para pelajar sempena cuti sekolah. Projek Stem kali ini adalah " MAGIC FINGER". Aktiviti ini bertujuan untuk menunjukkan para peserta bagaimana serbuk glitter yang terapung di atas air akan menjadi berselerak setelah diletakkan beberapa titik pencuci pinggan ke jari dan disentuh ke atas permukaan air. Hal ini terjadi disebabkan ketegangan permukaan iaitu sifat air yang menghalang elemen-elemen luar. Sabun pencuci pinggan mengurangkan ketegangan permukaan air, menyebabkan air di dalam bekas akan terserak dan membawa serbuk glitter bersama-sama dengannya. Syabas dan tahniah kepada para peserta yang hadir untuk menyertai aktiviti ini.

Gambar Disini