Nak jana pendapatan menerusi Shopee? Ada produk sendiri? Tak tahu macam mana nak iklankan? Andalah yang kami cari! Jom sertai bengkel keusahawanan kami..sila baca syarat2 di bawah sebelum join:
i. Mempunyai produk jualan dan belum ada akaun jualan dalam talian (Barangan Larangan tidak dibenarkan)
ii. Ahli Pusat Internet kelolaan TM/MSD dan Warganegara Malaysia
iii. Berumur 18 tahun dan ke atas
iv. Wajib mengisi Borang Penyertaan dan mengikuti kelas dan bengkel yang ditetapkan (Shopee atau Lazada)
v. Perlu menyertakan Invois dan rekod Jualan bulanan (Cetak dari Platform yang digunakan) kepada Petugas untuk dihantar bersama Laporan Akhir
vi. Pemenang akan dipilih berdasarkan peratus keuntungan dan Jumlah jualan. Hanya peserta yang mempunyai jualan sekurang kurangnya 30% dan ke atas dalam tempoh pertandingan sahaja akan diambil kira untuk penentuan pemenang tanpa mengira bulan dalam tempoh pertandingan.

JOM SERTAI KAMI!!

Assalamualaikum,
Untuk makluman, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (OKU) telah bekerjasama untuk menganjurkan Pertandingan Video Pendek “Amalkan Cara Hidup Sihat Dalam Kalangan OKU Peringkat Kebangsaan 2018” bertemakan Jom Amalkan Cara Hidup Sihat!
Penyertaan Terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 Tahun ke atas.

Mesej Video berdasarkan 5 skop amalan cara hidup sihat iaitu:-
1. Aktiviti Fizikal
2. Makan secara sihat
3. Tidak merokok
4. Bijak menangani stress
5. Sihat tanpa alcohol

Untuk Maklumat dengan lebih lanjut, boleh layari laman sesawang di,
http://www.infosihat.gov.my/…/141-pertandingan-video-pendek…

Sila hantarkan penyertaan lengkap ke emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 1 September 2018.

Terima Kasih.

Sukacita dimaklumkan pada tahun ini pertandingan aktiviti dalam Dashboard Komuniti di lanjutkan lagi, bagi memberi peluang kepada komuniti untuk memenangi hadiah yang ditawarkan sebagai penghargaan kepada komuniti yang memberi sokongan pada aplikasi ini.

Sila klik syarat penyertaan disini