Tarikh : 16 OGOS 2024
Masa : 11.30 AM - 12.30 PM
Lokasi :NADI PASIR AKAR
Peserta :20 ORANG

 

Tujuan

Aktiviti ini adalah cara kreatif untuk menunjukkan campuran antara cuka dan soda bikarbonat menghasil gelembung udara ( gas)

Aktiviti

OBJEKTIF

1.Pelajar harus dapat membezakan sifat bahan seperti asid , alkali, neutral

2.Pelajar harus tahu campuran bahan-bahan tersebut boleh menghasilkan gas.

PERSEDIAAN

1. Belon

2. Marker Pen

3. Cuka

4. Soda Bikarbonat

5. Kertas A4 ( Untuk Hasilkan Corong )

6. Tranparent Plastic Glove ( Untuk Menjadikan Kantung Cuka)

7.Gunting

8.Rubber Band

PROSEDUR

1.Gunting glove di bahagian jari sahaja.

2. Masukkan cuka ke dalam glove yang telah diguntinh, jadikan kantung cuka dan ikat dengan getah.

3, Lukiskan mata, mulut dan sebagainya sesuai dengan imej ikan buntal

4. Hasilkan corong dengan kertas A4, masukkan hujung corong ke dalam mulut belon.

5. Masukkan satu sudu teh soda bikarbonat ke dalam corong, dan pastikan serbuk tersebut masuk ke dalam belon.

6. Kemudian, Masukkan kantung cuka ke dalam belon dan ikat belon dengan kemas.

7. Letakkan belon tersebut diatas permukaan yang rata dan sesuai, tepuk belon tersebut menggunakan telapak tangan.

8.Perhatikan, belon tersebut mengembang dan menjadi seperti ikan buntal.

Gambar Disini