Tarikh : 18 JANUARI 2024
Masa : 3.00 AM - 5.00 PM
Lokasi : PEDi PASIR AKAR
Peserta :6 ORANG

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada peserta bagaimana menggunakan aplikasi tiktok untuk tujuan perniagaan.

Aktiviti

 Kelas ini diadakan khas kepada para usahawan IKS secara face to face. Peserta terdiri daripada usahawan daripada pelabagai jenis perniagaan dan umur. Kelas dikendalikan oleh Rakan Digital (RD) yang dilantik oleh pihak PEDi. Kali ini Peserta diajar cara untuk membuat live dan bagaimana untuk mempromosikan produk. Peserta berpuas hati dan berharap kelas sebegini diadakan lagi di masa hadapan.

Gambar Disini

 

 

Tarikh : 17 JANUARI 2024
Masa : 2.30 PM - 4.30 PM
Lokasi : PEDi PASIR AKAR
Peserta : 1 ORANG

 

Tujuan

Menghasilkan Resume bagi permohonan pekerjaan.

Aktiviti

 Aktiviti dimulakan dengan pengenalan kepada pengenalan kepada internet. Peserta diajar cara untuk membuka web bagi menghasilkan resume iaitu laman web  https://www.canva.com/resumes/templates/.

Gambar Disini

Tarikh : 13 JANUARI 2024
Masa : 10.00 AM - 12.00 PM
Lokasi : PEDi PASIR AKAR
Peserta :2 ORANG

 

Tujuan

Asas Typing

Aktiviti

Untuk sesi kali ini, para pelajar didedahkan teknik menaip di laman web https://www.speedtypingonline.com/typing-test .

Gambar Disini

Tarikh

:15 JANUARI 2024
Masa :11.00 AM-01.00 PM
Lokasi : PEDi PASIR AKAR
Peserta : 1 ORANG

 

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosikan kemudahan yang terdapat di Pusat Internet serta mempromosi kelas IT secara percuma untuk ahli yang berdaftar . Selain itu, dapat menghebahkan kepada komuniti tentang perkhidmatan yang ada di Pusat Internet.

Aktiviti

 Aktiviti dimulakan dengan memperkenalkan peserta kepada laman web  PENGURUSAN TANAH PERSEKUTUAN DAN PEMBAHAGIAN PUSAKA (MyeTaPP) . Peserta ingin mengisi borang permohonan ini adalah kerana pembahagian pusaka kecil adalah secara atas talian. Peserta perlu mendaftar terlebih dahulu untuk menggunakan sistem MyeTaPP di link https://www.myetapp.gov.my/v7/online/. Selepas mendaftar, peserta hendaklah mengisi borang yang disediakan seperti yang dikehendakki dan mencetak borang tersebut sebelum di hantar kepada jabatan yang berkenaan. Peserta diajar langkah demi langkah untuk mengisi borang tersebut. 

Gambar Disini

Tarikh : 11 JANUARI 2024
Masa : 10.30 AM - 12.30 PM
Lokasi : PEDi PASIR AKAR
Peserta :1 ORANG

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada peserta bagaimana untuk membuat lejar perniagaan menggunakan microsoft excel.

Aktiviti

 Kelas ini diadakan kepada usahawan yang ingin belajar untuk membuat kertas kerja perniagaan. Kertas kerja sangat penting jika seseorang usahawan ingin membuat pembentangan dan juga diperlukan jika ingin memohon pinjaman perniagaan dari mana-mana agensi. Peserta berpuas hatidan menyatakan hasrat untuk kembali lagi belajar dengan lebih banyak di PEDI. 

Gambar Disini