Tarikh :18 JULAI 2022
Masa :3.30 PM - 05.30 PM
Lokasi : PEDi PASIR AKAR
Peserta : 2 ORANG

 

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosikan kemudahan yang terdapat di Pusat Internet serta mempromosi kelas IT secara percuma untuk ahli yang berdaftar . Selain itu, dapat menghebahkan kepada komuniti tentang perkhidmatan yang ada di Pusat Internet.

Aktiviti

 Aktiviti dimulakan dengan pengenalan kepada pengenalan kepada internet. Peserta diajar cara untuk mencari gambar dan maklumat yang diingini di laman web tertentu yang bersesuaian dengan kehendak tugasan dan diajar cara untuk simpan ( save as ) gambar tersebut ke dalam komputer. 

Gambar Disini

Tarikh : 16 JULAI 2022
Masa : 03.00 PM - 05.00 PM
Lokasi : PEDI PASIR AKAR
Peserta : 1 ORANG

 

Tujuan

Bengkel Microsoft Office (Word) Lembaran Kerja Kursus Pelajar Bersama Pelajar Sekolah Menengah.

Aktiviti

Bengkel Microsoft Word dijalankan untuk membantu pelajar sekolah menengah dalam menyiapkan tugasan kerja kursus sekolah peserta. Dalam bengkel Microsoft Office ini petugas telah memberi tunjuk ajar  yang asas iaitu bagaimana cara untuk membuat jadual,menukar tulisan,menukar saiz tulisan,memasukkan gambar serta menyimpan maklumat yang dimasukan melalui applikasi ini. Melalui bengkel ini peserta dapat memahami dan menyiapkan tugasan kerja kursus dengan baik

Gambar Disini

Tarikh : 12 JULAI 2022
Masa : 10.00 AM - 12.00 PM
Lokasi : PEDi PASIR AKAR
Peserta : 2 ORANG

 

Tujuan

Kelas Microsoft Office Word Lembaran Kerja Kursus Pelajar Bersama Pelajar Sekolah Menengah

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan adalah peserta diberi tunjuk ajar bagaimana menggunakan Microsoft Word untuk menyiapkan kerja kursusnya.Peserta diajar cara meletakan atau memasukan imej ke dalam Microsoft Word dan belajar cara menaip  serta asas - asas dalam Microsoft Word. Peserta dapat memahami dengan baik..

Gambar Disini

Tarikh

: 15 JULAI 2022
Masa :09.30 AM - 12.30 PM
Lokasi : PEDI PASIR AKAR
Peserta :3 ORANG

 

Tujuan

Kelas Asas Teknologi Maklumat & Komunikasi-Pengenalan Kepada Internet (Pengisian E-Munakahat) kepada belia.

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan memperkenalkan peserta kepada laman web  emunakahat.terengganu.gov.my . eMunakahat adalah salah satu modul yang dimuatkan di dalam Sistem Bersepadu E-Kerajaan Negeri Terengganu (T-eG). eMunakahat merupakan aplikasi berasaskan web bertujuan menguruskan kursus perkahwinan, pendaftaran perkahwinan, perceraian dan rujuk. Pengguna utama eMunakahat adalah Bahagian Undang-Undang Keluarga di Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan Pejabat Agama Daerah (PAD). Setiap pasangan yang ingin berkahwin di negeri Terengganu dikehendakki mengisi borang permohonan untuk berkahwin secara atas talian. Petugas membantu peserta untuk mengisi borang tersebut.

Gambar Disini

Tarikh : 07 JULAI 2022
Masa : 09.00 AM - 11.00 AM
Lokasi : PEDi PASIR AKAR
Peserta : 1 ORANG

 

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosikan kemudahan yang terdapat di Pusat Internet serta mempromosi kelas IT secara percuma untuk ahli yang berdaftar . Selain itu, dapat menghebahkan kepada komuniti tentang perkhidmatan yang ada di Pusat Internet.

Aktiviti

 Aktiviti dimulakan dengan pengenalan kepada laman UNISZA. Peserta diajar cara untuk mendaftar seterusnya mengisi borang permohonan pekerjaan yang ada dalam laman web UNISZA ( https://ejawatan.unisza.edu.my/login.php?a=MjAxNDk2 ) langkah demi langkah. Peserta berjaya mengisi permohonan.

Gambar Disini