Tarikh :13 FEBRUARI 2022
Masa : 3.30 PM - 05.30 PM
Lokasi :PEDi PASIR AKAR
Peserta : 1 ORANG

 

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosikan kemudahan yang terdapat di Pusat Internet serta mempromosi kelas IT secara percuma untuk ahli yang berdaftar . Selain itu, Menggalakkan kemahiran dalam menggunakan Microsoft office terutamanya Microsoft Word.

Aktiviti

Program dimulakan dengan pengenalan PEDi dan aktiviti. Kelas dimulakan dengan memperkenalkan persekitaran microsoft powerpoint dan tools yang ada didalam perisian tersebut yang boleh digunakan. Seterusnya, pelajar diajar cara untuk menggunakan powerpoint seperti yang dikehendakki oleh tugasan yang diberikan.

Gambar Disini

Tarikh : 12 FEBRUARI 2022
Masa : 09.30 AM - 10.30 AM
Lokasi : PEDI PASIR AKAR
Peserta : 1 ORANG

 

Tujuan

Bengkel E-Tuisyen(Kelas Insentif Membaca 5&6 Tahun) bersama Pelajar Tabika.

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan adalah peserta diberi tunjuk ajar bagaimana untuk menyertai kelas tuisyen atas talian di PEDi. Peserta belajar bagaimana membuka laman web zoom . Kemudian peserta juga diajar bagaimana untuk mengubah nama di paparan Zoom dan membetulkan tahap audio. Peserta memahami dengan baik dan kelas berjalan dengan baik.

Gambar Disini

Tarikh : 10 FEBRUARI 2022
Masa : 02.00 PM - 04.00 PM
Lokasi : PEDI PASIR AKAR
Peserta : 1 ORANG

 

Tujuan

Bengkel Asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi Pengenalan Kepada Internet dalam membuka laman web SPA9 bagi menduduki peperiksaan untuk memasuki perkhidmatan awam.

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan adalah peserta diberi tunjuk ajar bagaimana untuk menggunakan komputer dalam membuka web yang diinginkan melalui internet. Peserta menjawab soalan peperiksaan dengan baik.Peserta dapat memahami dan menyelesaikan dengan baik

Gambar Disini

Tarikh : 11 FEBRUARI 2022
Masa : 09.00 AM - 11.00 AM
Lokasi : PEDI PASIR AKAR
Peserta : 6 ORANG

 

Tujuan

Bengkel Microsoft Office (Word) Lembaran Kerja Kursus Pelajar Bersama Pelajar Sekolah Menengah.

Aktiviti

Bengkel Microsoft Word dijalankan untuk membantu pelajar sekolah menengah dalam menyiapkan tugasan kerja kursus sekolah peserta. Dalam bengkel Microsoft Office ini petugas telah memberi tunjuk ajar  yang asas iaitu bagaimana cara untuk membuat jadual,menukar tulisan,menukar saiz tulisan,memasukkan gambar serta menyimpan maklumat yang dimasukan melalui applikasi ini. Melalui bengkel ini peserta dapat memahami dan menyiapkan tugasan kerja kursus dengan baik

Gambar Disini

Tarikh : 09 FEBRUARI 2022
Masa : 10.00 AM - 11.00 AM
Lokasi : PEDI PASIR AKAR
Peserta : 1 ORANG

 

Tujuan

Bengkel Asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi Pengenalan Kepada Internet dalam membuka laman web Sistem Sempeni- JAKIM.

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan adalah peserta diberi tunjuk ajar bagaimana untuk menggunakan komputer dalam membuka web yang diinginkan melalui internet. Peserta diajar bagaimana untuk menggunakan enjin carian Google dan memuatturun dokumen ke dalam komputer.Peserta dapat memahami dan menyelesaikan dengan baik

Gambar Disini