Sejarah nama Kampung Pasir Akar yang diriwayatkan oleh orang-orang tua yang menetap di kampung ini. Kisahnya bermula dengan sebatang sungai dengan pasir yang memutih. Di situlah tempat berkumpulnay orang-orang yang mudik dari hulu sungai kehilir sungai.Pada waktu itu,sungai adalah jalan utama yang menghubungkan antara penduduk kawasan pendalaman untuk mengeluarkan hasil untuk ditukarkan(system barter) dengan barang-barang keperluan yang datangnyadarikampung-kampung di hilirsungai.  Barang-barang yang selalunya dihasilka nadalah hasil hutan sepert irotan,akar dan sebagainya.

Oleh kerana perjalanan dari hulusungai kehilir sungai mengambil masa yang agak lama, makadi pertengahan jalan terdapat satu kawasan yang mempunya ipasir  yang luas dijadikan tempat persinggahan untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan pada keesokkan harinya. Begitu juga penduduk yang datang darihilir sungai yang membawa barang-barang keperluan seperti garam, beras, kelapa untuk dijual atau ditukarkan dengan barang-barang yang dibawa oleh penduduk  yang berada hulu sungai. Maka disinilah berkumpulnya orang-orang yang datang dari hulu sungai dan penduduk yang berada di hilir sungai.Bermula disitulah wujud nyasatu perkampungan baru.Oleh kerana kampung yang baru wujud dan tidak bernama,satu pakatan telah dibuat dan mendapat persetujuan antarake dua-dua pihak untuk menamakan kampung tersebut Kampung Pasir Akar bersempena dengan pasirnya yang memutih, dan mempunyai himpunan akar-akar. Disitulah asalnya nama Kampung PasirAkar mendapat namanya..