Tarikh

: 11 APRIL 2023
Masa :2.00 PM-04.00 PM
Lokasi : PEDi PASIR AKAR
Peserta : 3 ORANG

 

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosikan kemudahan yang terdapat di Pusat Internet serta mempromosi kelas IT secara percuma untuk ahli yang berdaftar . Selain itu, dapat menghebahkan kepada komuniti tentang perkhidmatan yang ada di PEDi.

Aktiviti

 Aktiviti dimulakan dengan memperkenalkan peserta kepada laman web  iBANTUAN . Peserta ingin mengisi borang permohonan iBANTUAN yang  adalah untuk rakyat Terengganu yang tidak berkemampuan untuk memohon bantuan yang diberi oleh kerajaan negeri seperti iFitri, Ibu Tunggal, iPerantau dan lain-lain. Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebelum log masuk ke sistem. Selepas itu, pemohon hendaklah mengisi borang yang diberikan seterusnya memuatnaik dokumen seperti yang dikehendakki. 

Gambar Disini
Tarikh :9 APRIL 2023
Masa :3.30 PM - 05.30 PM
Lokasi : PEDi PASIR AKAR
Peserta : 1 ORANG

 

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosikan kemudahan yang terdapat di PEDit serta mempromosi kelas IT secara percuma untuk ahli yang berdaftar . Selain itu, dapat menghebahkan kepada komuniti tentang perkhidmatan yang ada di PEDi.

Aktiviti

 Aktiviti dimulakan dengan pengenalan kepada pengenalan kepada internet. Peserta diajar cara untuk mencari gambar dan maklumat yang diingini di laman web tertentu yang bersesuaian dengan kehendak tugasan dan diajar cara untuk simpan ( save as ) gambar tersebut ke dalam komputer. 

Gambar Disini

Tarikh :05 APRIL 2023
Masa : 2.30 PM - 03.30 PM
Lokasi : PEDi PASIR AKAR
Peserta : 1 ORANG

 

Tujuan

Memuatturun dokumen yang berada di dalam telefon untuk dicetak.

Aktiviti

 Aktiviti dimulakan dengan pengenalan kepada pengenalan kepada internet. Peserta diajar cara untuk menggunakan whatsapp web bagi mengambil gambar atau dokumen yang terdapat dalam whatsapp dan juga memindahkan fail dari komputer ke telefon.

Gambar Disini

Tarikh

: 7 APRIL 2023
Masa :10.00 AM - 12.00 PM
Lokasi : PEDI PASIR AKAR
Peserta :2 ORANG

 

 Tujuan

Kelas Asas Teknologi Maklumat & Komunikasi-Pengenalan Kepada Internet (Pengisian Sistem Pengurusan Perkahwinan Malaysia @ SPPIM) kepada belia.

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan memperkenalkan peserta kepada laman web https://sppim.gov.my/sppim/home . SPPIM adalah salah satu modul yang dimuatkan di dalam Sistem Bersepadu E-Kerajaan Negeri Terengganu (T-eG). SPPIM merupakan aplikasi berasaskan web bertujuan menguruskan kursus perkahwinan, pendaftaran perkahwinan, perceraian dan rujuk. Pengguna utama eMunakahat adalah Bahagian Undang-Undang Keluarga di Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan Pejabat Agama Daerah (PAD). Setiap pasangan yang ingin berkahwin di negeri Terengganu dikehendakki mengisi borang permohonan untuk berkahwin secara atas talian. Petugas membantu peserta untuk mengisi borang tersebut.

Gambar Disini
Tarikh : 03 APRIL 2023
Masa : 10.00 AM - 12.00 PM
Lokasi : PEDi PASIR AKAR
Peserta : 1 ORANG

 

 

Tujuan

Kelas bagi menduduki peperiksaan untuk memasuki perkhidmatan awam kepada belia

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan pengenalan kepada aplikasi atas talian SPA dilaman web https://spa9.spa.gov.my/login. Peserta diberitahu cara untuk log in ke laman web peperiksaan. Akses kepada peperikasaan tersebut akan di email secara peribadi ke akaun email berdaftar masing-masing yang mempunyai id pengguna dan kata laluan. Seterusnya peserta hendaklah menjawab semua soalan dalam tempoh masa yang telah diberikan.

Gambar Disini