Tarikh : 1 APRIL 2023
Masa :10.00 AM - 12.00 PM
Lokasi : PUSAT INTERNET PASIR AKAR
Peserta : 2 ORANG

 

Tujuan

Bengkel menghasilkan templet menggunakan canva bersama belia.

Aktiviti

 Aktiviti yang dijalankan adalah peserta ditunjukkan cara untuk menghasilkan templet dengan mudah menggunakan canva. Peserta hanya perlu memasukkan gambar serta penerangan kepada templet yang ingin dibuat. Melalui Canva pelbagai perkara boleh dibuat seperti resume, presentation, video editing, kad bisnes dan lain-lain. Kali ini peserta ingin membuat kad jemputan kahwin ringkas. Canva mempunyai pelbagai templat kad yang menarik. 

Gambar Disini

Tarikh :22 MAC 2023
Masa :3.30 PM - 05.30 PM
Lokasi : PEDi PASIR AKAR
Peserta : 1 ORANG

 

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosikan kemudahan yang terdapat di PEDit serta mempromosi kelas IT secara percuma untuk ahli yang berdaftar . Selain itu, dapat menghebahkan kepada komuniti tentang perkhidmatan yang ada di PEDi.

Aktiviti

 Aktiviti dimulakan dengan pengenalan kepada pengenalan kepada internet. Peserta diajar cara untuk mencari gambar dan maklumat yang diingini di laman web tertentu yang bersesuaian dengan kehendak tugasan dan diajar cara untuk simpan ( save as ) gambar tersebut ke dalam komputer. 

Gambar Disini

Tarikh : 17 FEBRUARI 2023
Masa : 02.30 PM - 04.30 PM
Lokasi : PEDi PASIR AKAR
Peserta : 1 ORANG

 

Tujuan

Bengkel Microsoft Office (Word) Lembaran Kerja Kursus Pelajar Bersama Wanita.

Aktiviti

Bengkel Microsoft Word dijalankan untuk membantu para usahawan terutamanya golonga wanita dalam menyiapkan kertas kerja seperti yang dikehendakki. Bagi setiap usahawan yang ingin memohon pinjaman atau peruntukkan/sumbangan dari mana-mana pihak, usahawan hendaklah menyediakan/menyerahkans satu kerja kerja yang lengkap dengan segala maklumat perniagaan seperti latar belakang perniagaan, modal, dan lain-lain. Oleh hal yang demikian, para usahawan telah mempelajari cara menyediakan kertas kerja tersebut dengan menggunakan perisian microsoft word.

Gambar Disini

Tarikh : 20 MAC 2023
Masa : 10.00 AM - 12.00 PM
Lokasi : PEDi PASIR AKAR
Peserta : 1 ORANG

 

Tujuan

Kelas bagi menduduki peperiksaan untuk memasuki perkhidmatan awam kepada belia

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan pengenalan kepada aplikasi atas talian SPA dilaman web https://spa9.spa.gov.my/login. Peserta diberitahu cara untuk log in ke laman web peperiksaan. Akses kepada peperikasaan tersebut akan di email secara peribadi ke akaun email berdaftar masing-masing yang mempunyai id pengguna dan kata laluan. Seterusnya peserta hendaklah menjawab semua soalan dalam tempoh masa yang telah diberikan.

Gambar Disini

Tarikh

: 15 MAC 2023
Masa :10.00 AM - 12.00 PM
Lokasi : PEDI PASIR AKAR
Peserta :2 ORANG

 

 Tujuan

Kelas Asas Teknologi Maklumat & Komunikasi-Pengenalan Kepada Internet (Pengisian Sistem Pengurusan Perkahwinan Malaysia @ SPPIM) kepada belia.

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan memperkenalkan peserta kepada laman web https://sppim.gov.my/sppim/home . SPPIM adalah salah satu modul yang dimuatkan di dalam Sistem Bersepadu E-Kerajaan Negeri Terengganu (T-eG). SPPIM merupakan aplikasi berasaskan web bertujuan menguruskan kursus perkahwinan, pendaftaran perkahwinan, perceraian dan rujuk. Pengguna utama eMunakahat adalah Bahagian Undang-Undang Keluarga di Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan Pejabat Agama Daerah (PAD). Setiap pasangan yang ingin berkahwin di negeri Terengganu dikehendakki mengisi borang permohonan untuk berkahwin secara atas talian. Petugas membantu peserta untuk mengisi borang tersebut.

Gambar Disini