Tarikh

:4 JULAI 2024
Masa :10.00 AM-11.00 AM
Lokasi : NADI KG JABI
Peserta :12 ORANG

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada peserta bagaimana untuk membuka kedai di dalam talian seperti di platform Shoppe dan Tiktok

Aktiviti

 Kelas ini diadakan kepada usahawan yang ingin belajar untuk membuka kedai dalam talian untuk memasarkan produk mereka. Para pesertaterdiri daripada pelbagai peringkat umur dan ada diantara mereka merupakan usahawan yang sudah mempunyai produk. Program ini   oleh Rakan Digital (RD) NADI . 

Gambar Disini

Tarikh

: 3 JULAI 2024
Masa : 10.00 AM-1.00 PM
Lokasi : NADI PASIR AKAR
Peserta : 28 ORANG

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada peserta bagaimana untuk membuat permohonan subsidi BUDU MADANI AGRI KOMUDITI

Aktiviti

 Kelas ini diadakan khas kepada warga komuniti setempat yang mengusahakan tanaman kenaf. Ekoran penarikan subsidi diesel, warga komuniti

yang terlibat boleh memohon bantuan subsidi dari pihak kerajaan dengan mengisi permohonan di laman web https://budimadani.gov.my/. Pemohon 

perlulah mendaftar dengan lembaga/jabatan yang terlibat bersesuaian dengan tanaman yang diusahakan. Kali ini, pegawai dari 

Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara Kawasan Besut dengan kerjasama pihak NADI PASIR AKAR telah membantu komuniti yang terlibat untuk

memohon subsidi berkenaan dengan menunjukkan cara untuk mengisinya. 

Gambar Disini

 

Tarikh : 21 JUN 2024
Masa : 10.00 AM - 12.00 PM
Lokasi : NADI PASIR AKAR
Peserta : 10 ORANG

 

Tujuan

Menghasilkan poster sempena FREE PALESTINE

Aktiviti

 Aktiviti dimulakan dengan pengenalan kepada pengenalan kepada internet. Peserta diajar cara untuk membuka web bagi menghasilkan poster iaitu laman web  https://www.canva.com/. Para peserta diajar cara untuk mencipta poster tersebut langkah demi langkah dari segi penggunaan font, paragraph, memasukkan gambar dan sebagainya.

Gambar Disini

Tarikh : 21 JUN 2024
Masa : 10.00 AM - 12.00 PM
Lokasi : NADI PASIR AKAR
Peserta : 10 ORANG

 

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosikan kemudahan yang terdapat di NADI serta mempromosi kelas IT secara percuma untuk ahli yang berdaftar . Selain itu, Menggalakkan kemahiran dalam menggunakan Microsoft office terutamanya.

Aktiviti

Program dimulakan dengan pengenalan NADI dan aktiviti. Kelas dimulakan dengan memperkenalkan persekitaran microsoft powerpoint dan tools yang ada didalam perisian tersebut yang boleh digunakan. Seterusnya, pelajar diajar cara untuk menggunakan powerpoint seperti yang dikehendakki oleh tugasan yang diberikan.

Gambar Disini

Tarikh : 14 JUN 2024
Masa : 11.00AM - 12.00 PM
Lokasi :NADI PASIR AKAR
Peserta :36 ORANG

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada peserta tentang apa STEM .

Aktiviti

OBJEKTIF

1. Menghasilkan model kereta menggunakan kaedah melipat kertas model

2. Meningkatkan perkembangan motor halus.

PERSEDIAAN

1. Model Kereta yang telah dicetak di atas kertas

2. Gunting.

3. Gam.

PROSEDUR

1. Gunting model kereta mengikut garisan yang telah dicetak.

2. Lekatkan bahagian-bahagian kereta tersebut  untuk membentuk model kereta.

Gambar Disini