Tarikh

:25 MEI 2024
Masa :10.30 AM-12.30PM
Lokasi : NADI PASIR AKAR
Peserta : 1 ORANG

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada peserta bagaimana untuk membuat lejar perniagaan menggunakan microsoft excel.

Aktiviti

 Kelas ini diadakan kepada usahawan yang ingin belajar untuk membuat kertas kerja perniagaan. Kertas kerja sangat penting jika seseorang usahawan ingin membuat pembentangan dan juga diperlukan jika ingin memohon pinjaman perniagaan dari mana-mana agensi. Peserta berpuas hatidan menyatakan hasrat untuk kembali lagi belajar dengan lebih banyak di PEDI. 

Gambar Disini

Tarikh

:19 MEI 2024
Masa :2.30 PM-03.30PM
Lokasi : NADI PASIR AKAR
Peserta : 1 ORANG

 

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosikan kemudahan yang terdapat di NADI serta mempromosi kelas IT secara percuma untuk ahli yang berdaftar . Selain itu, dapat menghebahkan kepada komuniti tentang perkhidmatan yang ada di NADI

Aktiviti

  kelas pengajian telah dilakukan secara atas talian. Oleh hal yang demikian peserta telah hadir ke NADI untuk menggunakan kemudahan yang disediakan untuk menghadiri kelas secara atas talian ini. Kelas ini menggunakan paltform Google Meet. Peserta diajar cara untuk membuka link tersebut seterusnya berkursus secara atas talian.

Gambar Disini

Tarikh : 17 MEI 2024
Masa : 4.00 PM-5.00 PM
Lokasi : PEDi PASIR AKAR
Peserta : 15 ORANG

 

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosikan kemudahan yang terdapat di NADI Pasir Akar.

 Aktiviti dimulakan dengan pengenalan kepada laman web e-pembelajaran  iaitu di https://www.safekidgames.com/spot-the-difference/. Peserta diminta untuk mencari perbezaan diantara dua gambar yang diberikan. 

Gambar Disini

Tarikh : 17 MEI 2024 
Masa : 5.00PM - 6.00 PM
Lokasi : NADI PASIR AKAR
Peserta :15ORANG

 

Tujuan

Kelas bagi memperkenalkan peserta kepada aplikasi kahoot  secara atas talian.

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan pengenalan kepada aplikasi atas talian bagi kahoot . kahoot merupakan satu aplikasi atas talian berupa soalan kuiz yang boleh dicipta oleh sesiapa sahaja yang mempunyai akaun gmail, yahoo dan lain-lain secara percuma. Kahoot boleh dikongsi kepada sesiapa sahaja dan sesi menjawab kuiz menjadi lebih interaktif. Untuk program kali ini, tema kuiz kahoot  adalah NADI. Program disertai oleh pelajar sekolah rendah dan menengah.

Gambar Disiniambar Disini

Tarikh : 17 MEI 2024
Masa : 3.00 PM-4.00 PM
Lokasi : PEDi PASIR AKAR
Peserta : 15 ORANG

 

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosikan kemudahan yang terdapat di PEDi Pasir Akar.

 Aktiviti dimulakan dengan pengenalan kepada laman web e-pembelajaran  iaitu di https://thewordsearch.com. Peserta diminta untuk mencari perkataan-perkataan yang telah diberikan di bahagian tepi. Peserta perlu memberi perhatian bagi mencari perkataan-perkataan itu.

Gambar Disini