Tarikh :16 MAC 2024
Masa : 11.00 AM - 12.00 PM
Lokasi : NaDi Pasir Akar
Peserta :20 ORANG

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada peserta tentang apa STEM (TAPAK PIRAMID) .

Aktiviti

OBJEKTIF

1. Membina bentuk piramid dalam 3 dimensi(3D)

2. Mengenal dan menamakan bentuk.

PERSEDIAAN

1.Plastesin

2. Lidi / Pencungkil gigi

PROSEDUR

ENGINEERING.

Kanak-kanak membentuk bentuk piramid  dalam 3 dimensi menggunakan lidi dan plastesin sebagai bahan untuk mencantumkan semua pencungkil gigi yang digunakan. Bentukkan mengikut gambar rajah yang diberikan (piramid tapak empat segi dan piramid tapak pentagon.) Kanak-kanak juga boleh membina piramid dengan bentuk tapak yang berbeza.

Science, Mathematics-

Perhatikan setiap piramid yang dibina dan kira bilangan bucunya. Terangkan piramid dapat dibina dengan tapak selain bentuk segi tiga. Serahkan lembaran kerja untuk mengetahui sama ada kanak-kanak dapat mengenal bentuk piramid atau tidak.

Gambar Disini

Tarikh :16 MACI 2024
Masa : 9.30 AM - 10.30 AM
Lokasi : NaDi Pasir Akar
Peserta :20 ORANG

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada peserta tentang apa STEM (LAVA LAMP) .

Aktiviti

OBJEKTIF

1. Memerhatikan apakah tindak balas antara baking soda+cuka dan bagaimana lava terbentuk seteleh minyak masak dimasukkan

PERSEDIAAN

1.Cuka

2. Minyak Masak

3. Baking Soda

4. Pewarna Makanan

5. Sudu

6. Bekas Jernih/ Bikar/ Gelas Jernih

7. Lampu portable / cahaya matahari

PROSEDUR

1.Masukkan 2 sudu besar (penuh) baking soda ke dalam gelas A.

2. Masukkan minyak masak ke dalam gelas A sehingga hampir penuh

3.Ambil sebiji lagi gelas (B), masukkan sedikit cuka dan titiskan 5-10 titis pewarna makan.kacau sebati.

4. Letakkan gelas A yang berisi baking soda dan minyak diatas lampu portable yang telah bernyala.

5. Masukkan campuran cuka dan pewarna makanan dalam gelas B ke dalam gelas A.

6. Perhatikan bagaimana lava terhasil. Jika tiada lampu portable, boleh halakan gelas ke arah matahari dan lihat hasilnya.

Gambar Disini

Tarikh : 11 MAC 2024
Masa : 2.30 PM - 4.30 PM
Lokasi : NaDi PASIR AKAR
Peserta : 2 ORANG

 

Tujuan

Menghasilkan Resume bagi permohonan pekerjaan.

Aktiviti

 Aktiviti dimulakan dengan pengenalan kepada pengenalan kepada internet. Peserta diajar cara untuk membuka web bagi menghasilkan resume iaitu laman web  https://www.canva.com/resumes/templates/.

Gambar Disini

Tarikh

:13 MAC 2024
Masa :10.00 AM-12.00 PM
Lokasi : NaDi PASIR AKAR
Peserta : 2 ORANG

 

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosikan kemudahan yang terdapat di Pusat Internet serta mempromosi kelas IT secara percuma untuk ahli yang berdaftar . Selain itu, dapat menghebahkan kepada komuniti tentang perkhidmatan yang ada di PEDi.

Aktiviti

 Aktiviti dimulakan dengan memperkenalkan peserta kepada laman web  MAIDAM . Peserta ingin mengisi borang permohonan MAIDAM   adalah untuk rakyat yang tidak berkemampuan untuk memohon bantuan seperti pembiayaan awal kemasukkan IPTA, membaiki rumah dan sebagainya Petugas akan menunjukkan cara bagaimana untuk membuka laman web tersebut dan mengajar cara mengisi borang tersebut. Selain itu petugas juga menunjukkan cara untuk mengisi penerimaan tawaran untuk menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya. 

Gambar Disini
Tarikh : 8 MAC 2024 
Masa : 11.30AM - 12.30 PM
Lokasi : NaDi PASIR AKAR
Peserta :20 ORANG

 

Tujuan

Kelas bagi memperkenalkan peserta kepada aplikasi kahoot  secara atas talian.

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan pengenalan kepada aplikasi atas talian bagi kahoot . kahoot merupakan satu aplikasi atas talian berupa soalan kuiz yang boleh dicipta oleh sesiapa sahaja yang mempunyai akaun gmail, yahoo dan lain-lain secara percuma. Kahoot boleh dikongsi kepada sesiapa sahaja dan sesi menjawab kuiz menjadi lebih interaktif. Untuk program kali ini, tema kuiz kahoot  adalah PEDI. Program disertai oleh pelajar sekolah rendah dan menengah.

Gambar Disini