Tarikh : 29 APRIL 2024
Masa : 10.00 AM - 12.00 PM
Lokasi : NaDi PASIR AKAR
Peserta :1 ORANG

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada peserta bagaimana untuk membuat lejar perniagaan menggunakan microsoft excel.

Aktiviti

 Kelas ini diadakan kepada usahawan yang ingin belajar untuk membuat kertas kerja perniagaan. Kertas kerja sangat penting jika seseorang usahawan ingin membuat pembentangan dan juga diperlukan jika ingin memohon pinjaman perniagaan dari mana-mana agensi. Peserta berpuas hatidan menyatakan hasrat untuk kembali lagi belajar dengan lebih banyak di PEDI. 

Gambar Disini

Tarikh

: 28 APRIL 2024
Masa : 3.00 PM - 5.00 PM
Lokasi : PEDI PASIR AKAR
Peserta : 1 ORANG

 

 Tujuan

Kelas Asas Teknologi Maklumat & Komunikasi-Pengenalan Kepada Internet (Pengisian Sistem Pengurusan Perkahwinan Malaysia @ SPPIM) kepada belia.

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan memperkenalkan peserta kepada laman web https://sppim.gov.my/sppim/home . SPPIM adalah salah satu modul yang dimuatkan di dalam Sistem Bersepadu E-Kerajaan Negeri Terengganu (T-eG). SPPIM merupakan aplikasi berasaskan web bertujuan menguruskan kursus perkahwinan, pendaftaran perkahwinan, perceraian dan rujuk. Pengguna utama eMunakahat adalah Bahagian Undang-Undang Keluarga di Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan Pejabat Agama Daerah (PAD). Setiap pasangan yang ingin berkahwin di negeri Terengganu dikehendakki mengisi borang permohonan untuk berkahwin secara atas talian. Petugas membantu peserta untuk mengisi borang tersebut.

Gambar Disini

Tarikh

:21 APRIL 2024
Masa :2.30PM -4.30 PM
Lokasi :NADI PASIR AKAR
Peserta : 1 ORANG

 

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosikan kemudahan yang terdapat di NADI serta mempromosi kelas IT secara percuma untuk ahli yang berdaftar . Selain itu, dapat menghebahkan kepada komuniti tentang perkhidmatan yang ada di NADI.

Aktiviti

 Aktiviti dimulakan dengan memperkenalkan peserta kepada laman web  rasmi Ambank Peserta diberi tunjuk ajar untuk membuat perbankkan atas talian mengikut prosuder yang telah ditetapkan. Peserta berjaya menyudahkan proses pendaftaran perbankkan atas talian seterusnya mencetak penyata bank yang dikehendakki.

 Gambar Disini

Tarikh

:23 APRIL 2024
Masa :2.30 AM-4.30 PM
Lokasi : NaDi PASIR AKAR
Peserta : 2 ORANG

 

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosikan kemudahan yang terdapat di Pusat Internet serta mempromosi kelas IT secara percuma untuk ahli yang berdaftar . Selain itu, dapat menghebahkan kepada komuniti tentang perkhidmatan yang ada di PEDi.

Aktiviti

 Aktiviti dimulakan dengan memperkenalkan peserta kepada laman web  MAIDAM . Peserta ingin mengisi borang permohonan MAIDAM   adalah untuk rakyat yang tidak berkemampuan untuk memohon bantuan seperti pembiayaan awal kemasukkan IPTA, membaiki rumah dan sebagainya Petugas akan menunjukkan cara bagaimana untuk membuka laman web tersebut dan mengajar cara mengisi borang tersebut. Selain itu petugas juga menunjukkan cara untuk mengisi penerimaan tawaran untuk menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya. 

Gambar Disini

 

Tarikh : 8 MAC 2024 
Masa : 12.00PM - 1.00 PM
Lokasi : NaDi PASIR AKAR
Peserta :15 ORANG

 

Tujuan

Kelas bagi memperkenalkan peserta kepada aplikasi kahoot  secara atas talian.

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan pengenalan kepada aplikasi atas talian bagi kahoot . kahoot merupakan satu aplikasi atas talian berupa soalan kuiz yang boleh dicipta oleh sesiapa sahaja yang mempunyai akaun gmail, yahoo dan lain-lain secara percuma. Kahoot boleh dikongsi kepada sesiapa sahaja dan sesi menjawab kuiz menjadi lebih interaktif. Untuk program kali ini, tema kuiz kahoot  adalah PEDI. Program disertai oleh pelajar sekolah rendah dan menengah.

 Gambar Disini