Tarikh | : 11 MEI 2024 |
Masa | : 11.00AM - 12.00 PM |
Lokasi | : NaDi PASIR AKAR |
Peserta | :28 ORANG |
Tujuan Kelas bagi memperkenalkan peserta kepada aplikasi kahoot secara atas talian. Aktiviti Aktiviti dimulakan dengan pengenalan kepada aplikasi atas talian bagi kahoot . kahoot merupakan satu aplikasi atas talian berupa soalan kuiz yang boleh dicipta oleh sesiapa sahaja yang mempunyai akaun gmail, yahoo dan lain-lain secara percuma. Kahoot boleh dikongsi kepada sesiapa sahaja dan sesi menjawab kuiz menjadi lebih interaktif. Untuk program kali ini, tema kuiz kahoot adalah Jangkitan seksual HIV/AIDS yang dikendalikan oleh pegawai LPPKN Terengganu sempena dengan program KafeTEEN. |
|
Tarikh | : 8 MEI 2024 |
Masa | : 10.00 AM - 12.00 PM |
Lokasi | : NADI PASIR AKAR |
Peserta | :1 ORANG |
Tujuan Memberi pendedahan kepada peserta bagaimana untuk membuat lejar perniagaan menggunakan microsoft excel. Aktiviti Kelas ini diadakan kepada usahawan yang ingin belajar untuk mencipta lejar bagi memudahkan lagi urusan perniaagannya. Lejar tersebut boleh dibuat menggunakan microsoft excel. Peserta di ajar step by step sehingga boleh mencipta lejar sendiri. Peserta berpuas hati dan menyatakan hasrat untuk kembali lagi belajar dengan lebih banyak di NADI. |
|
Tarikh |
:4 MEI 2024 |
Masa | :10.30AM -11.30 AM |
Lokasi | :NADI PASIR AKAR |
Peserta | : 1 ORANG |
Tujuan Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosikan kemudahan yang terdapat di NADI serta mempromosi kelas IT secara percuma untuk ahli yang berdaftar . Selain itu, dapat menghebahkan kepada komuniti tentang perkhidmatan yang ada di NADI. Aktiviti Aktiviti dimulakan dengan memperkenalkan peserta kepada laman web rasmi Ambank Peserta diberi tunjuk ajar untuk membuat perbankkan atas talian mengikut prosuder yang telah ditetapkan. Peserta berjaya menyudahkan proses pendaftaran perbankkan atas talian seterusnya mencetak penyata bank yang dikehendakki. |
|
Tarikh |
:06 MEI 2024 |
Masa | :2.30 AM-4.30 PM |
Lokasi | :NADI PASIR AKAR |
Peserta | : 2 ORANG |
Tujuan Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosikan kemudahan yang terdapat di Pusat Internet serta mempromosi kelas IT secara percuma untuk ahli yang berdaftar . Selain itu, dapat menghebahkan kepada komuniti tentang perkhidmatan yang ada di PEDi. Aktiviti Aktiviti dimulakan dengan memperkenalkan peserta kepada laman web MAIDAM . Peserta ingin mengisi borang permohonan MAIDAM adalah untuk rakyat yang tidak berkemampuan untuk memohon bantuan seperti pembiayaan awal kemasukkan IPTA, membaiki rumah dan sebagainya Petugas akan menunjukkan cara bagaimana untuk membuka laman web tersebut dan mengajar cara mengisi borang tersebut. Selain itu petugas juga menunjukkan cara untuk mengisi penerimaan tawaran untuk menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya. |
|
Gambar Disini |
Tarikh | : 2 MEI 2024 |
Masa | : 10.00 AM - 12.00 PM |
Lokasi | : NADI PASIR AKAR |
Peserta | : 1 ORANG |
Tujuan Menghasilkan poster sempena Bulan Ramadhan Aktiviti Aktiviti dimulakan dengan pengenalan kepada pengenalan kepada internet. Peserta diajar cara untuk membuka web bagi menghasilkan poster iaitu laman web https://www.canva.com/. Para peserta diajar cara untuk mencipta poster tersebut langkah demi langkah dari segi penggunaan font, paragraph, memasukkan gambar dan sebagainya. |
|